Tuesday, August 21, 2007

Teori Senyum

Kata Lange, "Kalau saudara senyum, maka saudara akan gembira."

Kata ahli jiwa yang lain, "Saudara gembira, maka saudara senyum."

Ada yang bersetuju dengan Lange. Ada yang bersetuju dengan yang lain. Saya memilih untuk bersetuju dengan kedua-duanya.

Bukan tamak,ya. Cuma alangkah suram dan kejam dunia ini apabila pilihan bererti satu sahaja yang dihiraukan, dan yang satu lagi diabaikan. Terus.

Saudara tidak perlu buang agama jika saudara mahu jadi saintis. Saudara juga tidak perlu jadi sedih apabila saudara sudah kaya.

Statistik cuma penunjuk sahaja. Ia bukan keputusan hidup saudara.

Saya memilih untuk senyum, untuk bercerita dengan terbuka dan ikhlas pada semua. Mungkin sahaja saya akan gembira dan mungkin sahaja tidak.

Cuma saudara doakan saya,ya. Sungguh-sungguh, doa yang betul-betul daripada hati, supaya saya boleh berdiri tersenyum bukan kerana teori lagi.

3 Comments:

At 10:39 AM, Anonymous Anonymous said...

Wah! Nak senyum pun kena ada teori?

Senyum dulu?
Ke teori dulu?

Senyum saya tiada teori. Cuma s.e.n.y.u.m. Tiada kekangan untuk terus tersenyum, biarpun di saat hati berduka.

Lagipun Len mana boleh dipisahkan dengan senyum.

Usah susahkan yang mudah. Yang sedia ada susah itupun belum selesai-selesai lagi.

:)

 
At 9:12 PM, Blogger mira said...

a'ah. kenapa nak senyum pun kena ada teori?

http://happypeoplemedia.com/rumpun/ <-- ingat nak ajak, tapi awak dah kat rumah pula. sigh~

 
At 10:09 PM, Blogger rastom said...

Kedua dua teori itu saya sanggah kerana apahal dengan manusia yang wajahnya memang wajah tersenyum (wlaupun dia bersedih) dan ada pula wajah yang memang natural tidak pernah senyum walaupun dia gembira?

 

Post a Comment

<< Home